Tuesday, February 24, 2009

Perjalanan tenisku...

Assalamuailaikum..





Mari kte sambung tentang pengalaman ku dalam tenis.





Ak berasa mkin seronok bermain tenis sbb setiap kali ak bermain, mkin bnyk teknik yg perlu ak perbaiki..membuatkan aku berasa lebih bersemangat untuk bermain tenis. Ingin juga aku berangan menjadi seperti roger federer hahaha..(berangan jek).

Pada 2 minggu lps 14 ari bln 2 2009, ak telah menyertai pertandingan tenis open di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Memandangkan ini kali pertama aku menyertai perlawanan yg besar seperti ini, aku berasa begitu takut dan gementar namun aku tidak menunjukkanya di hadapan kawan-kawan ku yg telah lama berkecimpung dalam sukan ini. Pada malam sebelum perlawanan, aku telah dikunjungi oleh keluargaku. Mereka begitu berbangga dengan pencapaian ku walaupun hanya berjaya melayakkan diri di 'main draw' sahaja. Mereka tahu aku mempunyai penyakit yg digelar 'digi' ataupun darah gemuruh. Oleh itu, mereka menenangkan aku dan menasihati ku supaya jgn gemuruh bila pertandingan nnt. Esoknyer, selepas solat subuh aku bersembang dgn jurulatihku utk mendapatkan tips-tips semasa berlawan. Hatiku tenang semula selepas mengingati nasihat-nasihat yg telah diberikan kepadaku. Selepas itu, pertandingan bermula dan aku telah disuruh bersedia di court pukul 9.30 pg dan aku bertemu dgn lawanku berbangsa cina. Semasa perlawanan, aku sentiasa menenangkn diriku dan permainan aku agak baik akan tetapi aku agak kecewa kerana lawanku begitu panas baran dan aku terpaksa melayan kerenahnya. Perlawana berlalu dan walaupun aku berhempas pulas, aku terpaksa tunduk kepada kehebatannya dan tewas. Namun begitu aku tidak kecewa sbb lawanku itu juga terpaksa lawan sedaya upaya utk menewaskan ku dan jurulatihku mengucapkan tahniah atas usaha ku bermain dan menyuruh ku berlatih besungguh-sungguh lg bila pulang ke UITM nnt. Aku pun mkin bersemangat mendengar ayat-ayat itu dan tidak sabar utk perlawanan akn datg. Tentang pelajaran ku pula, aku tidak akn sesekali abaikan sebaliknya sentiasa membaiki prestasi aku. Kepada mereka yg telah view blog ini, doakan aku berjaya tingkatkan prestasi ku x kira pada pelajaran ku ataupun tenisku. Amin....

Sampai sini dulu cerita ku..akan ku sambung lg bila ada kesempatan. Salam...

No comments:

Post a Comment