Thursday, May 7, 2009

Perjalanan tenisku

Salam kepada semua.

Harap maaf sbb sudah lama aku x update blog aku ni..maklumlah org bz dgn studykan.huhu..ak br shaja habis final examku. Hurraaayy!! tp ak berdoa ak dpt mengekalkan prestasi pembelajaran ku. Amin...

Tentang perjalanan tenisku, aku masih lagi dalam proses latihan pemantapan. Walau sesibuk mane pn, aku tetap akan luangkan mase untuk tenis ku ini. Aku belum lagi menyertai sebarang pertandingan selepas perlawanan di MMU open akan tetapi aku telah menyertai Segamat Closed di UITM ku sehari sebelum aku menduduki peperiksaan final ku. HEHEHE!!! Gila x gila lar minat ku dalam tenis ni..aku telah dpt bye pada pusingan pertama dpt layak ke pusingan kedua. Aku sangkakan dlm pertandingn ini, aku mungkin dpt pergi ke suku akhir namun tidak kesampaian kerana ak telah bertemu dgn coach tenis di UITM itu dan ak kalah kepadanya 2-6, 4-6. Aku berasa sungguh sedih namun ak tidak begitu kecewa kerana aku akhirnya telah dpt pengakuan drpd coach itu dan aku blh improve lg. Membara semangat aku mendengar ayat itu dan aku teruskan latihan aku ini.

Baiklah... Sampai disini dahulu perjalanan tenisku. Doakan aku berjaya dalam pelajaran dan juga karier tenisku. Amin..

Assalamualaikum...

1 comment: