Salam...
Ape khabar pembaca-pembaca ku? Semoga korg sihat sejahtera dan dirahmati Allah S.W.T.
Sudah lama aku x update blog aku ini. Maklumlah final dah dekat, assignment pulak bersepah-sepah. Berdebar pula jantung ku untuk menghadapi final yang akan datang ini. Doakan supaya aku dapat mengekalkan pointer aku dan juga tingkatkan pointer aku pada semester ini. Baiklah! Mari kita sambung cerita aku dalam bidang tenis ini.
Aku telah menyertai 2 pertandingan sebelum aku update blog aku ini..iaitu di UTP dan MMU Open. Seperti biasa sebelum bertolak ke sana aku telah berlatih bersungguh untuk meningkatkan prestasi aku ini. Aku berasa sungguh gementar setiap kali aku menyertai perlawanan seperti ini, maklumlah org baru belajar seperti aku ini akan bertembung dgn pemain-pemain yang hebat di seluruh negeri. Aku bertolak ke UTP pada khamis 2 minggu lepas di Perak. Semasa perlawanan berlangsung, aku tegapkan semangat ku untuk menghadapi lawanku dan lawanku pula adalah seeded 10. Seeded 10 tu!! takut aku bila melihat namanya. Akan tetapi, semasa aku sedang warm up, berita x disangka disampaikan kepada ku..Aku mendapat Walk Over! kata lain menang percuma...aku berasa sungguh gembira kerana aku tidak perlu menghadap lawan yg hbt spt itu dan mara ke pusingan ke2. Yessss!!!
Di pusingan ke2 pula, aku amat berkeyakinan untuk menghadapi lawanku ini..TETAPI..ini lah kesilapan ku yg tidak ptt aku lakukan. Semasa berlawan di pusingan ke2 walaupun pihak lawan ku bknlah pemain seeded tetapi dia boleh bermain dgn baik. Dan akibat sikap aku yg Over Confident ini, aku bermain dgn begitu teruk skali..strok aku x menjd, servis ku kebynkannyer double fault di awal perlawanan dan aku ketinggalan 5-0! akhirnya, aku cb mendptkn ketengangan ku dan bermain dgn lbh elok. Malangnya nasi sudah menjd bubur, ternyata pihak lawanku lbh hbt dn mengekalkan perlwanannya dan aku dibelasah 8-0...Patah semangatku pada waktu itu dan aku mencampak raket ku dlm keadaan geram..dan aku balik dgn penuh kekecewaan.
Sebelum pergi ke MMU, sepanjang minggu sebelumnya aku tidak boleh bermain dgn baik langsung. Rakan-rakan ku berasa hairan kerana aku tidak bersemangat spt dulu..mereka cb utk menasihati ku dan seorg pun tidak berjaya kerana aku berasa btul2 Down pada waktu itu..mereka cb utk meningkatkan keyakinan ku semula dgn melatih aku secara ekstrim..dan disitu keyakinan ku naik semula dan aku berterima kasih kepada mereka. Aku terpilih oleh jurulatihku untuk bermain di MMU di Melaka dam aku bersetuju. Akan tetapi ak cm menjd pemain simpanan..huhu...namun aku tidak sedih kerana aku dpt melihat cara pemain-pemain hbt bermain sebagai pemerhati dan aku bersyukur kerana bnyk ilmu aku pelajari di sana walaupun aku tidak bermain.
SEKARANG....ak sedg memantapkn skill tenis ku dgn ape yg aku pelajari. Masih bnyk yg perlu diperbaiki..OKlah! sampai sini dulu cerita tenisku..Akan ku sambung bler ad masa lg..Salam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment