Sunday, August 2, 2009

Perjalanan tenisku

Assalamualaikum....

Salam sejahtera kepada semua..
Perjalanan tenisku bermula lagi... Sudah lame aku x update blog ni sbb dlm masa ni ak masih tidak bermain tenis. Akan tetapi, pada masa cuti semester aku telah menjalani latihan intensif untuk meningkatkan skill ak dalam tenis. Ibu ku telah carikan aku jurulatih dr Thailand. Aku sungguh gembira dan pada masa yang sama juga aku ketakutan kerana aku tidak tahu bagaimana orangnyer.. Pada kali pertama aku berjumpa dengannyer, orang yang tinggi lampai itu menegur aku dengan penuh mesra dan dia menyuruh aku untuk warming up. Kami pun stroke perlahan-lahan separuh court, untuk memanaskan badan. Akan tetapi pada waktu itu aku menyedari aku mula berpeluh dengan banyak, pada waktu itu pula dia memulakan 'drill' yang memenatkan.huhu... Penat Gila!!

Akan tetapi dari hari ke hari, stamina ak makin meningkat kerana aku training diri ku sendiri supaya tidak cepat pnt. Hari ke hari juga aku makin dapat bertahan lama dengan 'seksaan' yang diberikan oleh jurulatih ku.. Aku juga dipuji oleh jurulatih ku kerana semangat tidak patah semangat aku dan beliau juga berkata kaki aku amat bagus untuk mengejar bola dengan laju.. Hihihi..agak bangga juga aku pada waktu itu.. Cara permainan aku juga makin improve dengan menjalani latihan tiap2 hari.. Akhirnya LTAM Leg 3 juga telah berlangsung..

Aku menyertai tournament itu dengan penuh keyakinan. Sedang aku bersedia untuk perlawanan aku, kawan ku telah datang kepada ku dengan sindiran "Kau Dah Cukup Training Ker?" aku sungguh pelik dengan pertanyaan itu dan bertanyakan kepadanya kenapa lalu die berkata aku akan berjumpa dengan pemain 'seeded' ataupun ranking ke-5. Aku menjadi tidak terkata tetapi aku berlawan juga dengan penuh keyakinan. Masa perlawanan itu, die serve dulu dan AKU TELAH BREAK SERVE DIA. Dia tercengang kerana tidak menyangka aku blh bermain begitu dan akhirnya dia terus bermain bersungguh-sungguh. Dan akhirnya aku dikalahkan dengan teruk sekali.huhuhu... Sekali lagi aku blk dengan hampa kerana telah tewas tapi coach aku memuji aku kerana aku kalah dengan tidak mengaku kalah..

Sampai disini shaja dahulu perjalanan tenis ku...
Salam...